Semakan keputusan peperiksaan terkini boleh dibuat selepas kemasukan markah selepas tamat sesuatu peperiksaan dikemaskini di sistem SAPS Ibu Bapa. Tarikh Kemasukan Markah SAPS 2017 dikemaskini di dalam sistem adalah mengikut tarikh yang dikongsikan di bawah ini.
Oleh itu, para ibu bapa dan penjaga disarankan untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka secara online berdasarkan kepada tarikh kemasukan markah. Cara semakan boleh dirujuk di Semakan SAPS Ibu Bapa.
Tarikh Kemasukan Markah SAPS 2018 (Peperiksaan Dalaman)
Merujuk kepada Laman Web SAPSNKRA, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Berikut adalah Takwim SAPS 2018 (tarikh kemasukan markah peperiksaan dalaman). Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia adalah seperti berikut :-
Diantara maklumat yang dikongsikan adalah jenis peperiksaan, tahun/ tingkatan dan tarikh mula dan akhir masuk markah.
Ujian Awal Tahun
- Mac – April 2018
Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Tahun 6/ Tingkatan 5 : Mei – Jun 2018
Peperiksaan Percubaan
- Tahun 6 : Julai – Ogos 2018
- Tingkatan 5 : September – Oktober 2018
Peperiksaan Akhir Tahun
- Tahun 5/ Tingkatan 4 : November 2018
Sumber SAPS
Nota Penting Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan Dan Semakan SAPS Ibu Bapa
Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing
Keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-
- Ujian 1
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Ujian 2
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM
Keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanpun tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.
Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa kekal memantau prestasi peperiksaan anak-anak anda. Semoga tarikh kemasukan markah peperiksaan di dalam Sistem SAPS Ibu Bapa ini boleh dijadikan panduan.ini diharapkan dapat dijadikan panduan buat ibu bapa dalam membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka.
Cara Semakan SAPS Ibu Bapa Terkini
LANGKAH 1 : CARIAN MURID
- SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”)
LANGKAH 2 : CARIAN SEKOLAH
- SILA MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI
- Negeri : Nama Sekolah