in

Semakan UKSBP 2018 Online Ujian Kemasukan SBP

Semakan Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018. Buat pelajar yang telah melakukan permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 dan 4 ambilan tahun 2018. Berikut merupakan maklumat Semakan UKSBP 2018 Online, ujian yang baru diperkenalkan tahun ini. Murid yang telah memohon kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) hendaklah menyemak di pusat UKSBP atau keputusan kelayakan menduduki UKSBP pada 30 November 2017 samada terpilih untuk menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) pada 11 hingga 15 Disember 2017.

UKSBP ialah salah satu syarat kemasukan yang baru diperkenalkan tahun ini dimana ianya merupakan satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sahaja. Mereka yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang cerah untuk ditawarkan kemasukan ke Sekolah Berasrma Penuh. Prosedur pemilihan baru ini mampu melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti kokurikulum.

Semakan UKSBP 2018 Online Ujian Kemasukan SBP

Semakan Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018

Berikut adalah maklumat penting semakan kelayakan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) atau calon layak menduduki UKSBP.

Tarikh Dan Applikasi Semakan UKSBP 2018

  1. Semakan pada 30 November 2017 sehingga 15 Disember 2017
  2. Klik Semakan Layak UKSBP atau KPM
  3. FAQ Permohonan SBP 2018

Tarikh Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2018

Tarikh ujian adalah pada

  1. 11 hingga 14 Disember 2017 di semua negeri
  2. Selangor pada 12 hingga 15 Disember 2017.

UKSBP akan dijalankan di 69 pusat iaitu di semua SBP. Kementerian Pendidikan Malaysia akan meluaskan pusat ujian pada tahun akan datang.

Syarat Pemilihan Ke SBP

Apakah syarat pemilihan murid ke SBP? Selain syarat pemilihan murid Tingkatan 1dan 4 yang dikongsikan di bawah ini, murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP. Murid yang tidak mengambil/ tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

Selain UKSBP yang pertama kali diperkenalkan, pemilihan juga adalah berdasarkan kepda merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menjadi sebahagian daripada komponen PPSR dalam usaha mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan.

Selain UPSR, tiga komponen PPSR ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulam (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Pemilihan Murid Tingkatan 1

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Murid cemerlang akademik
  5. Murid aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia
  2. Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  3. Cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  4. Murid lulus saringan/ temuduga (hanya di KISAS)
  5. Murid aktif dalam kokurikulum

Tahniah buat pemohon yang berjaya dalam Semakan UKSBP 2018 Online Ujian Kemasukan SBP. Diharap agar pemohon yang berjaya prihatin akan tarikh-tarikh penting ini. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2018 (Online)

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2018 Online