in

Semakan Tawaran Keputusan Tingkatan 6 2018 Online

Berminat untuk memasuki Tingkatan 6 atau Form 6? Berikut dikongsikan maklumat penting semakan tawaran Tingkatan 6 sesi ambilan 2018-2019 secara online dan SMS buat panduan pelalar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Pelajar SPM yang bercadang untuk menyambung pelajaran di Tingkatan Enam (6) adalah tidak perlu untuk membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah bantuan penuh kerajaan.

Pelajar yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik dan boleh menyemak tawaran mereka samada berjaya atau tidak secara online dan SMS. Menyambung pelajaran di Tingkatan 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar dalam menyambung pengajian selepas Tingkatan 5. Selain itu, pelajar juga boleh memlih untuk memasuki Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti melalui permohonan UPU online tahun 2018/ 2019.

Semakan Tawaran Tingkatan 6 2018 online

Semakan Tawaran Keputusan Tingkatan 6 2018 Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan maklumat semakan tawaran Tingkatan 6 tahun 2018 yang melibatkan tarikh rasmi semakan, applikasi semakan, permohonan rayuan dan malumat lanjut kemasukan Form 6.

Tawaran kemasukan mereka yang berjaya ditawarkan masuk ke Tingkatan 6 boleh disemak melalui applikasi semakan online KPM dan jiga SMS dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

  • Pelajar adalah disarankan untuk melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala untuk mendapatkan maklumat terkini dan tarikh penting semakan.

Tarikh Rasmi Semakan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2018-2019

Berikut adalah tarikh semakan keputusan tawaran tahun 2018 dan untuk tahun-tahun sebelumnya buat rujukan pelajar-

  1. 2018 : Akan dikemaskini (Jangkaan minggu kedua bulan April 2018)
  2. 2017 : 16 April sehingga 12 Mei 2017
  3. 2016 : 14 April 2016 hingga 27 Mei 2016

Cara Semak Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2018-2019

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sesi 2018-2019. Semakan nama yang layak ditawarkan kemasukan ke Form 6 boleh dibuat melalui kaedah berikut :-

i) Semakan Secara Online

Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 boleh disemak di pautan berikut :-

ii) Semak Melalui SMS

Pelajar boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah semakan seperti berikut:-

  • Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
  • Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Tingkatan Enam

Syarat Umum Pemilihan Pelajar Ke Tingkatan 6 adalah seperti syarat berikut :-

  1. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2018
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
  3. Syarat khas kemasukan Tingkatan 6 untuk jurusan Sains, Sains Sosial, Aliran Agama boleh dirujuk di SYARAT UMUM DAN KHAS FORM 6.

Permohonan Rayuan Dan Semakan Keputusan Tingkatan 6 2018/ 2019

Untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran kemasukan pada ambilan pertama, anda boleh membuat rayuan dengan merujuk panduan borang rayuan kemasukan Tingkatan 6.

Pelajar yang telah membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6, semakan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2018/ 2019 dijangka akan diumumkan pada :-

  • 2018 : Akan dikemaskini
  • 2017 : 14 Jun sehingga 23 Jun 2017

Applikasi semakan keputusan rayuan adalah di pautan di Keputusan Rayuan Form 6 Online

Maklumat Lanjut Semakan Tawaran Tingkatan 6 2018/ 2019

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran kemasukan yang diperolehi, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada * Akan dikemaskini (Tahun lepas pada 2 Mei 2017).

  1. Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.
  2. Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2018, permohonan rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2019.
  3. Untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk, surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan.
  4. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun

Selamat membuat semakan tawaran Tingkatan 6 sesi 2018/ 2019 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6. Kepada yang gagal mendapat tawaran, bolehlah membuat rayuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 Malayan Union

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 Malayan Union

contoh karangan Cara-Cara Menghormati Guru

Cara-Cara Menghormati Guru : Karangan Keperihalan