Semakan Tahun 1 2018 Online Seluruh Negeri

Semakan Pendaftaran Tahun 1 Ambilan 2018 Online Seluruh Negeri. Bilakah tarikh semakan keputusan permohonan murid ke Tahun 1 2018 dan 2019? Perhatian dan berita baik buat ibu bapa dan penjaga murid yang ada membuat pendaftaran murid ke tahun 1. Melalui makluman Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM), Semakan Tahun 1 2018 untuk Seluruh Negeri boleh disemak secara online pada tarikh seperti berikut :-

  1. Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang : Tarikh semakan bermula dari 16 Julai 2017
  2. Negeri-negeri lain : Tarikh Semakan Tahun 1 2018 boleh dibuat pada 1 Ogos 2017

Semakan Tahun 1 2018 Online Seluruh Negeri

Semakan Tahun 1 2018 Online Seluruh Negeri Di Malaysia

Berikut dikongsikan maklumat penting Semakan Tahun 1 ambilan 2018 untuk seluruh negeri di Malaysia. Semakan boleh dibuat di Applikasi semakan SPATKPM.

Tarikh Semakan

  • Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang : Mulai 16 Julai 2017
  • Negeri-negeri lain : Tarikh semakan pada 1 Ogos 2017

Cara Semak Keputusan Pendaftaran Murid Ke Tahun 1 2018

Semakan keputusan boleh dibuat secara online dengan melayari Laman Semakan SPAT dan seterusnya mengikuti langkah-langkah semakan seperti berikut :-

Cara Mendaftar Anak Ke Tahun 1 Secara Online Dan Manual

Kepada ibu bapa atau penjaga yang bercadang mendaftar anak ke tahun 1. Untuk makluman, permohonan murid ke Tahun Satu pada kebiasaannya dibuka pada bulan Mac setiap tahun. Untuk ambilan 2018 dan 2019, ianya telah dibuka dari 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017.

Permohonan secara online adalah terbuka untuk pendaftaran kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia. Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, pendaftaran adalah melalui sekolah secara manual.

Untuk ambilan tahun 2018 dan 2019, murid yang layak mendaftar adalah kanak-kanak warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :-

  1. 2 Januari 2011 sehingga 1 Januari 2012 (Sesi persekolahan tahun 2018)
  2. 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (Sesi persekolahan tahun 2019)

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak dan akan ke tahun 1 pada tahun seterusnya, sila layari Portal SPATKPM pada Mac tahun depan untuk maklumat lanjut pendaftaran.

Selamat membuat semakan tahun 1 2018 secara online. Semoga pendaftaran anak anda untuk kemasukan murid ke Tahun 1 berjaya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*