in ,

Semakan SAPS Ibu Bapa Online

SAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Pepperiksaan Pelajar. Ibu bapa atau penjaga kini boleh menarik nafas lega dengan adanya Semakan SAPS Ibu Bapa Online. Kewujudan sistem SAPS NKRA membolehkan ibu bapa dalam memantau prestasi akademik anak mereka dengan mudah dan pantas.

Dengan Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa NKRA memudahkan ibu bapa dalam membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka. Sistem SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar termasuk kedudukan dalam kelas.

Semakan SAPS Ibu Bapa Online

Apa Itu SAPS Semakan Ibu Bapa Online?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

  1. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN,  PPD dan Sekolah.
  2. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak Di Semakan SAPS Ibu Bapa

Berikut dikongsikan senarai keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS NKRA :-

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Result peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Walau bagaimanapun, keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS. Pelajar perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan penuh peperiksaan mereka.

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Online

Berikut dikongsikan cara-cara dan langkah-langkah Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa:

  1. Anda boleh layari laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.

Semakan SAPS Ibu Bapa Online

2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
3. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah:

Semakan SAPS Ibu Bapa Online

5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.

6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Kewujudan sistem SAP ini memudahkan ibubapa bagi memantau prestasi anak-anak mereka dalam akademik. Ianya sekaligus dapat memberikan tips/ panduan buat ibu bapa dalam merancang program pembelajaran anak mereka di rumah.

LOGIN

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017 Exam Date