in

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2018 Online

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan SBP 2018 Tingkatan 1 Online. Perhatian buat para pelajar Tahun 6 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP 2018, permohonan telah ditutup pada 19 November 2017 yang lepas. Merujuk FAQ Permohonan SBP 2018, Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2018 Online akan diumumkan selewat-lewatnya 29 Disember 2017 iaitu selepas keputusan UPSR dan Ujian Kemasukan SBP (UKSBP) diadakan. Pada tahun sebelum ini, tarikh semakan keputusan diumumkan pada 14 Disember 2016.

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat 4 SBP 2018 pula akan diumumkan selewat-lewatnya pada 19 Januari 2018 ini selepas keputusan PT3 2017 diumumkan. Permohonan e-Rayuan bagi murid yang gagal mendapat tawaran atau tidak membuat permohonan pertama, permohonan akan dibuka pada tarikh yang sama dengan keputusan SBP diumumkan.

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1
Semakan Keputusan Tawaran SBP 2018 Tingkatan 1 Secara Online

Berikut merupakan maklumat semakan keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu (1) meliputi tarikh dan applikasi semakan serta panduan rayuan.

Tarikh Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2018

  • Semakan Keputusan: Hari Jumaat, 29 Disember 2017. Tahun lepas pada 14 Disember 2016 sehingga 5 Januari 2017
  • Permohonan e-Rayuan SBP : Tarikh yang sama seperti tarikh mula semakan
  • Semakan erayuan ambilan 2 : Akan dikemaskini. Tahun lepas pada 26 Januari sehingga 12 Februari 2017

Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala di http://www.moe.gov.my/ dalam mendapatkan maklumat terkini semakan.

Applikasi Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1

Keputusan boleh disemak secara atas talian atau online di

  • https://sst1.moe.gov.my/
  • Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2017 dan Klik Butang Semakan
  • Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut

Arahan Kepada Pemohon Yang Berjaya

Pemohon yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen yang diberikan calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

Permohonan e-Rayuan SBP 2018

e-Rayuan boleh dibuat oleh pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.

Nota : Murid yang gagal/tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?

Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama. Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.

Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman penawaran kepada murid yang berjaya.

Cara Membuat Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak e-Rayuan

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  • Klik ke laman sesawang: Semakan SBP 2018
  • Klik sistem semakan Tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/ PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  • Klik pada e-rayuan
  • Maklumat yang diperlukan : A. MAKLUMAT DIRI, B. KEPIMPINAN / KOKURIKULUM, C. MAKLUMAT IBU BAPA DAN D. ALAMAT SURAT MENYURAT
  • Hantar.

2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:

  • Klik ke laman sesawang: Semakan SBP 2018
  • Klik sistem semakan tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/ PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar

Diharap maklumat penting ini dapat memudahkan anda membuat Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2018 secara Online. Semoga cita-cita anda untuk menyambung pelajaran di Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama Penuh tercapai. Diharap agar pemohon yang agar tidak berputus asa dan membuat permohonan rayuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan UKSBP 2018 Online Ujian Kemasukan SBP

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS Ibu Bapa Kedudukan Kelas 2018 Online