in

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2018 (Online)

Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 1. Berita baik buat pelajar  UPSR 2017 yang ada memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan Satu (1) ambilan tahun 2018. Tarikh membuat Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2018 secara online dan SMS masih belum diumumkan lagi. Merujuk kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya,  tarikh semakan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah dijangka sekitar akhir bulan Januari atau awal Februari 2018.

Untuk makluman pemohon, semakan tawaran MRSM untuk tahun 2016 telah dibuka pada 23 Januari 2017. Semakan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) MRSM dijangka akan diumumkan pada tarikh yang sama. Para pemohon disarankan agar sentiasa merujuk kepada pengumuman dari Portal Rasmi MARA di Bahagian Terkini dan Pengumuman untuk mendapatkan tarikh rasmi semakan.


Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 1 Online

Sebagai panduan kepada para pemohon, dikongsikan maklumat penting semakan keputusan tawaran MRSM Tingkatan 1 ambilan tahun 2018 meliputi tarikh penting dan applikasi semakan. Berikut juga dikongsikan sedikit maklumat Ujian Khas MRSM Arau/ MRSM Bentong serta Ujian Kecenderungan Kemasukkan ke MRSM Ulul Albab (UKKM) dan juga permohonan e-rayuan MRSM.

A. Semakan Ujian Khas MRSM Arau/ MRSM Bentong

Pemohon yang telah menerima SMS Panggilan bagi menduduki Ujian Khas MRSM Arau dan MRSM Bentong perlu merujuk kepada notis panggilan yang telah dihantar melalui alamat email pemohon yang didaftarkan semasa permohonan MRSM Tingkatatan 1 yang lalu.

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1

B. UKKM MRSM Ulul Albab

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) akan menjalankan Ujian Kecenderungan Kemasukkan MRSM Ulul Albab seperti panduan berikut :-

Pelajar yang menerima SMS / emel bagi Program Ulul Albab / IGCSE adalah diminta untuk hadir bagi menduduki UJIAN KHAS iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukkan MRSM Ulul Albab atau ringkasnya UKKM pada 4 Disember hingga 6 Disember 2017.

  1. Pemilihan pusat ujian boleh dibuat melalui pautan UKKM sebelum 1 Disember 2017
  2. Pelajar perlu membuat Cetakan Surat Tawaran TERKINI sebelum 1 Disember 2017

Panduan UKKM Ulul Albab

  1. Semakan dan pendaftaran
  2. Ujian Tulisan Jawi – 5 minit (Sila pastikan alat tulis dibawa bersama)
  3. Hafazan Kuarantin – Hafaz semua ayat-ayat hafazan yang akan diberikan dalam masa 25 minit. Aspek yang dinilai adalah hafazan, tajwid dan kelancaran.
  4. Ujian Hafazan – Hafazan Wajib (Ayat 1-12 Surah Al Mulk)

Cara Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 Tahun 2018

Berikut adalah tarikh penting semakan tawaran MRSM 2018 untuk kemasukan Tingkatan 1. Keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2018 boleh disemak mulai

  1. * Akan dikemaskini (Tahun lepas pada 23 Januari 2017 (Isnin) jam 10.00 malam)
  2. Tarikh pendaftaran pelajar baru adalah pada * Akan dikemaskini (6/2/2017).

Applikasi Semakan MRSM Tingkatan 1 2018

Pemohon yang berjaya akan menerima SMS. Semakan boleh dibuat melalui portal semakan seperti di pautan URL di bawah ini :-

1. Semakan Secara Online

Sila klik applikasi semakan di bawah ini yang akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan :-

  1. Tingkatan 1 : https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp
  2. Tingkatan 4 : https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp

2. Semakan Melalui SMS Melalui perkhidmatan mySMS :

  • mara mrsm angka giliran dan hantar ke 15888

Semakan Berkaitan

  1. Keputusan MRSM Tingkatan 4 – Akan dikemaskini
  2. Semakan Keputusan SBP 2018 Tingkatan 1 dan 4 Online – Klik SBP Tingkatan 1 dan 4 2018

Permohonan e-Rayuan MRSM 2018 Tingkatan 1

Rayuan bagi pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran kemasukan MRSM boleh dibuat secara online. Namun, keputusan rayuan adalah berdasarkan kepada jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2018.

Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat).

  • Maklumat erayuan MRSM akan dikemaskini dari masa kesemasa

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi

  • Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509/ 4531/ 4532/ 4516 atau 03-2613 9070.

Diharap info ini dapat membantu para pelajar dalam membuat Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2018 Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA ambilan 2018 Form 1 yang merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

Semakan UKSBP 2018 Online Ujian Kemasukan SBP