in ,

Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Status Permohonan

Semakan Status Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017. Bagaimana cara Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Status Permohonan KADS1M? Ramai pelajar IPT yang telah membuat permohonan Kad Debit Pelajar (KADS1M) bermula Februari 2017 ingin mengetahui status permohonan kad mereka. Iaitu bila tarikh pemohon akan menerima atau mendapat kad yang telah dimohon baru-baru ini,

Sebagai panduan, berikut dikongsikan cara buat Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 yang dikongsikan dari Facebook USM Info. Pelajar yang masih belum menerima adalah dinasihatkan untuk tidak panik dan menunggu dengan sabar. Langkah-langkah yang disertakan di bawah ini boleh dijadikan panduan dalam menyemak status permohonan KADS1M anda.

Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Status Permohonan

Cara Semakan Kad Debit Pelajar 2017 : Semak Status Permohonan KADS1M

Jika anda masih tidak mendapat e-mail daripada Bank Rakyat mengenai status permohonan Kad Debit Pelajar, anda tidak perlu risau. Untuk makluman, dua (2) daripada sembilan (9) batch Kad Debit Pelajar (KADS1M) telahpun dikeluarkan. Manakala batch terakhir akan hanya dikeluarkan sekitar bulan September 2017.

Berikut dikongsikan Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Status Permohonan status KADS1M anda.:-

Cara Semakan KADS1M

  • Semakan secara online akan diperkenalkan oleh Bank Rakyat pada 1 Jun 2017.
  • 1. Applikasi semakan KADS1M https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
  • 2. Sila masukkan No Kad Pengenalan/ IC
  • 3. Klik ‘Semak’

Selain itu, sila semak status permohonan KADS1M melalui kaedah berikut :-

  1. Telefon Bank Rakyat Hotline di 1 300 80 5454
  2. Pilih Bahasa
  3. Key in “1” untuk status permohonan KADS1M
  4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat
  5. Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon Kad Debit Pelajar anda.
  6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
  7. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
  8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan. Anda hanya perlu menunggu arahan/ dokumen selanjutnya daripada Bank Rakyat dengan penuh sabar

Semakan Status KADS1M Atas Talian

Berikut adalah kenyataan media KPT mengenai semakan status permohonan Kad Debit Pelajar secara online.

Mulai 1 Jun 2017, Bank Rakyat akan menyediakan satu sistem semakan status permohonan KADS1M yang boleh diakses secara atas talian. KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan.

Kementerian Pendidikan Tinggi meminta pelajar yang masih belum membuka akaun dengan Bank Rakyat untuk segera berbuat demikian. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun dengan Bank Rakyat sebelum ini, mereka juga masih perlu membuka akaun baru kerana bantuan tersebut akan hanya disalurkan menerusi akaun KADS1M Bank Rakyat.

Bagi pelajar yang telah menerima e-mel dari Bank Rakyat, mereka diminta untuk mengambil KADS1M masing-masing. Ini adalah kerana masih ramai pelajar yang belum berbuat demikian walaupun telah dimaklumkan oleh Bank Rakyat.

Semua urusan agihan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi melalui KADS1M ini dijangka selesai selewatnya pada 15 Julai 2017.

Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Status Permohonan

Maklumat Penting Kad Debit Pelajar

For the application via browsers other than Mozilla Firefox, there’s a big chance that your application is not recorded in the system. Hence, you can try the following steps:

  1. Open Firefox browser
  2. Clear all history and cache, and reboot Firefox
  3. Fill in the form again at https://bppt.bankrakyat.com.my/

Cara Memohon Kad Debit Pelajar KADS1M Secara Online

Berikut dikongsikan cara ringkas dan mudah dalam membuat permohonan Kad debit pelajar tahun 2017 secara online.

Syarat Kelayakan Permohonan Kad Debit Pelajar

Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar IPTA / IPTS di bawah seliaan:-

  • Kementerian Pengajian Tinggi
  • Institut Perguruan
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kementerian Sumber Manusia
  • Lain-lain kementerian yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Cara Memohon KADS1M

  1. Isi borang e-permohonan di www.bankrakyat.com.my/bppt secara online sebelum tarikh tutup permohonan KADS1M pada 31 Mac 2017
  2. Pastikan alamat emel yang betul dimasukkan
  3. Setelah memohon, pelajar perlu menunggu e-mail dari Bank Rakyat sebelum dapat mengambil KADS1M Debit di cawangan Bank Rakyat.
  4. Status permohonan akan disahkan melalui emel permohonan oleh Bank Rakyat
  5. Kunjungi Cawangan Bank Rakyat yang dipilih untuk pengambilan KADS1M Debit Pelajar
  6. Caj kad RM5.00 perlu dibayar semasa mengambil kad

Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Status Permohonan

Pengambilan Kad Debit Pelajar 2017

Dokumen yang diperlukan semasa pengambilan KADS1M Debit adalah seperti berikut :-

  1. MyKad dan satu (1) salinan
  2. Kad pelajar dan satu (1) salinan
  3. Salinan Email (1) salinan

Sebarang pertanyaan mengenai KADS1M, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454. Untuk maklumat lanjut, sila layari iRAKYAT

Selamat membuat Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017. Semoga anda berjaya dalam membuat semakan Status Permohonan KADS1M anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jadual Peperiksaan PT3 2017 Ujian Bertulis

Jadual Peperiksaan PT3 2017 Ujian Bertulis

Jadual Peperiksaan SPMU 2017 Exam Date

Jadual Peperiksaan SPMU 2017 Exam Date