in

Semak Keputusan STPM 2017 Online (Keseluruhan)

Semakan Keputusan Keseluruhan STPM 2017 Online Dan SMS. Tiba masanya buat pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk mengetahui result keseluruhan peperiksaan mereka. Jadi bilakah tarikh keputusan STPM 2017 Keseluruhan diumumkan? Menerusi makluman dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), calon peperiksaan boleh semak keputusan STPM 2017 pada hari Selasa, 6 Mac 2018.

Keputusan peperiksaan boleh disemak secara online dan melalui khidmat SMS bermula jam 1200 tengahari pada tarikh keputusan diumumkan. Untuk calon SPM, keputusan SPM 2017 akan diumumkan juga pada bulan Mac iaitu pada 15 Mac 2018.

SEMAK KEPUTUSAN STPM 2017 KESELURUHAN

Semakan Keputusan STPM 2017 Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan STPM tahun 2017 yang boleh disemak pada 6 Mac 2018 melalui kaedah semakan seperti berikut. Untuk makluman, pada peperiksaan STPM tahun 2017, seramai 43,042 calon peperiksaan telah hadir menduduki peperiksaan STPM di 700 buah pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, seramai 42,694 (99.19%) orang adalah calon sekolah kerajaan, 204 (0.47%) calon sekolah swasta, 136 (0.32%) calon persendirian dan 8 (0.02%) calon sekolah negeri.

Kaedah Semak Keputusan STPM Keseluruhan Tahun 2017

  • Tarikh semakan : Hari Selasa, 6hb Mac 2018 selepas jam 1200 tengahari

i) Hadir Sendiri Ke Sekolah

Calon peperiksaan sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh keputusan diumumkan mulai jam 12 tengah hari. Manakala calon persendirian individu akan memperolehinya melalui pos.

ii) Semakan secara online

Calon boleh membuat semakan online dengan melayari Laman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan applikasi semakan bermula jam 12:00 tengah hari pada 6 Mac 2018. Klik pautan applikasi semakan di link berikut :-

iii) Semakan Melalui SMS

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui perkhidmatan Sistem Mesej Singkat (SMS) yang dibuka bermula 1200 tengahari, 6 Mac 2018 dengan menaip:-

  • STPM<jarak>RESULT<jarak>(No Kad Pengenalan)
  • Contoh STPM RESULT 910325035243
  • Hantar ke 15888

Caj sebanyak 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaaan

Kalendar Peperiksaan STPM 2018

Buat calon peperiksaan STPM tahun 2018, kalendar peperiksaan STPM 2018 boleh dirujuk di Kalendar Tarikh Penting STPM 2018.

Selamat membuat semakan keputusan STPM 2017 secara online dan SMS. Diucapkan semua calon peperiksaan berjaya dan mendapat keputusan STPM yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

video dan Lirik Lagu Aku Negaraku (Perhimpunan Sekolah)

Lirik Lagu Aku Negaraku (Perhimpunan Rasmi Sekolah)

Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Status Permohonan

Semakan Kad Debit Pelajar 2018 Status Permohonan