in

Semak Keputusan SPM 2017 Online Dan SMS

Bilakah tarikh rasmi pelajar boleh semak keputusan SPM tahun 2017? Pelajar Tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mendapatkan Keputusan SPM 2017 mereka pada hari Khamis, tarikh 15 Mac 2018.  Pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan SPM mereka bermula dari jam 1000 pagi di sekolah masing-masing.

Pada tahun lepas 2016, result SPM telah diumumkan pada hari Khamis, 16 Mac 2017. Ringkasan keputusan SPM boleh didperolehi dengan membuat semakan online (JIKA ADA) dan juga melalui khidmat semakan SMS. Mereka yang berpeluang untuk untuk melanjutkan pelajaran tinggi mereka ke UA/ IPTA tempatan, Politeknik melalui Permohonan UPU online sesi 2018-2019.

Semak Keputusan SPM 2017 Online Dan SMS

Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 Online Dan SMS

Berikut adalah panduan penting dan cara dalam mendapatkan keputusan peperiksaan SPM tahun 2017 merangkumi tarikh rasmi keputusan diumumkan dan kaedah semakan.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2017 Diumumkan

Berikut adalah senarai tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan :-

  • Tahun 2017 : Hari Khamis – 15 Mac 2018

Tarikh rasmi akan diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Cara Semak Keputusan SPM 2017 Online/ SMS

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan SPM 2017 secara online dan melalui perkhidmatan SMS buat panduan pelajar. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa kesemasa :-

  1. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada hari Khamis, 15 Mac 2018.
  2. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

i) Semakan SPM Online

Ringkasan Keputusan SPM boleh disemak secara online di

  • SPPAT atau Lembaga Peperiksaan Malaysia

Sistem semakan akan hanya diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan

ii) Semakan Keputusan SPM Melalui SMS

KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui khidmat mySMS 15888. Cara semakan adalah speerti berikut :-

  • Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K/P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
  • Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.

Kenyataan Media KPM

Berikut adalah kenyataan media KPM terkini pada 21 Februari 2018 berkaitan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2017 :-

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa khabar angin yang tersebar di media sosial berkaitan 17,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia 2017 gagal mata pelajaran Sejarah adalah TIDAK BENAR. Setakat ini Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia belum mengumumkan sebaran keputusan berkaitan dengan SPM 2017. Oleh yang demikian, KPM ingin menasihatkan orang ramai dan pihak berkaitan agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan. Pengumuman keputusan SPM 2017 akan dimaklumkan dalam masa terdekat, Kesulitan mengenai perkara ini amat dikesali. Sebarang pertanyaan berkenaan isu ini boleh terus berhubung dengan KPM.

Sumber : KPM

Semoga perkongsian cara semak keputusan SPM 2017 online dan SMS bermanfaat buat semua.  Tahniah kepada para pelajar Tingkatan 5 yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Semak Kedudukan Dalam Kelas 2018 Online

daftar prasekolah kpm 2019

Permohonan Pra Sekolah 2019 Online (KPM)