in ,

SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA Online. Berita baik buat Ibu bapa dan penjaga murid yang mengharapkan keputusan peperiksaan cemerlang anak mereka. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) NKRA kini menyedialan semakan keputusan ujian dan peperiksaan secara online. Sistem SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online sekaligus dapat membantu ibu bapa dalam memantau prestasi pencapaian pelajaran anak mereka dengan lebih mudah.

SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dan markah termasuk gred dan kedudukan dalam kelas. Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat untuk Darjah 1 hingga Darjah 6 (Sekolah rendah). Untuk semakan keputusan perperiksaan sekolah Menengah, semakan disediakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

saps sistem analisis peperiksaan sekolah online

SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online (SAPS NKRA)

Berikut dikongsikan panduan cara buat semakan keputusan peperiksaan pelajar melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA. Keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  • Ujian 1 dan Ujian 2
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanpun tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Berikut adalah cara mudah dan senang buat ibu bapa dan penjaga murid dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online :-

  1. Sila layari laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk akses ke menu utama.

SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online

Langkah Semakan SAPS seterusnya adalah seperti berikut:-

  • 2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space)
  • 3. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan
  • 4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke sub-menu seperti paparan di bawah:
  • 5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian 1 dan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.

Paparan Slip Keputusan

6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS Tahun 2017

Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan terkini yang telah diupdate, sil apastikan semakan dibuat selepas markah selesai diisi. Berikut dikongsikan Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan ini ada memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Peperiksaan Pertengahan Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : 18 Mei 2017 (Tarikh Mula) dan 16 Jun 2017 (Tarikh akhir)

Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)

Nota

Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

Semoga SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) ini akan menjadi satu sitem online yang terbaik untuk ibubapa. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

LOGIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tarikh Kemasukan Markah SAPS 2017

Tarikh Kemasukan Markah SAPS 2017