in ,

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Semakan Ibu Bapa. Perhatian buat ibu bapa dan penjaga yang masih belum mengetahui akan Kewujudan Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa NKRA. Ibu bapa atau penjaga kini lebih mudah untuk memantau pencapaian akademik anak mereka dengan membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka melalui SAPS Ibu Bapa.

Applikasi semakan SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar secara online. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan SAPS Semakan Ibu Bapa yang dapat dikongsikan pada anda semua.

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

Apa Itu SAPS Semakan Ibu Bapa Online?

Untuk makluman, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Antara lain :-

  1. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
  2. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh diguna pakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak

Berikut disenaraikan keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS :-

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Result peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanpun tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan

Berikut adalah kaedah dan langkah-langkah Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa:

  1. Anda boleh layari laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
3. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah:

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.

6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Cara Semakan SAPS Ibu Bapa Terkini

LANGKAH 1 : CARIAN MURID

  • SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”)

LANGKAH 2 : CARIAN SEKOLAH

  • SILA MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI
  • Negeri :  Nama Sekolah

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017

Berikut dikongsian Tarikh Penting Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS tahun 2017 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017 ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

1. Peperiksaan Pertengahan Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : 18 Mei 2017 (Tarikh Mula) dan 16 Jun 2017 (Tarikh akhir).
  • Terkini : Pengisian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 telah dibuka mulai 18 Mei 2017 (Khamis) dan akan dilanjutkan pengisian markah sehingga 30 Jun 2017 (Jumaat)

2. Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

3. Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)

SAPS semakan ibu Bapa

Untuk makluman, tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

Kesimpulan

Kewujudan SAPS Semakan Ibu Bapa Online ini memudahkan ibubapa bagi memantau prestasi anak-anak mereka dalam akademik. Kewujudan SAPS sekaligus memberikan kemudahan buat ibu bapa dalam menyemak keputusan peperiksaan di hujung jari anda.

LOGIN

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS Ibu Bapa Kedudukan Kelas 2017 Online

SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan Online

SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan