in

SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Semakan SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Ramai ibu bapa dan penjaga kini sudah mengenali apa itu SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Kewujudan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dapat membantu ibubapa dalam memantau prestasi pendidikan anak-anak mereka di sekolah. Selain markah, ibu bapa juga boleh mendapatkan kedudukan anak mereka dalam kelas.

Laman sesawang utama SAPS NKRA Ibu Bapa menunjukkan satu paparan pengumuman penting bagi pelajar, guru, ibu bapa dan juga setiausaha peperiksaan (SUP).

  • SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • NKRA adalah singkatan kepada maksud National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara).

SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Semakan SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Tujuan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan adalah untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Antara lain :-

  1. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
  2. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh diguna pakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak Di SAPS NKRA

Berikut dikongsikan senarai keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS NKRA :-

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Result peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Walau bagaimanapun, keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS. Pelajar perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan penuh peperiksaan mereka.

SAPS NKRA Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan boleh diakses melalui laman web ini :

Adalah diharapkan agar perkhidmatan SAPSNKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan ini dapat membantu ibubapa. Dalam memantau dan membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dari masa kesemasa.

LOGIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tarikh Kemasukan Markah SAPS 2017

Tarikh Kemasukan Markah SAPS 2017

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

Semakan SAPS Ibu Bapa Online