in ,

SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan

Semakan SAPS Ibu Bapa NKRA Online. Pasti ramai ibu bapa dan penjaga murid yang sudah tahu apa itu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan merupakan sistem yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka.

Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 ini akan memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan serta kedudukan dalam kelas pelajar. Kewujudan SAPS Ibu Bapa NKRA sekaligus memudahkan ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing dan memperbetulkan apa yang patut ke arah kejayaan anak mereka.

Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan terkini, Ibu bapa boleh membuat semakan SAPS selepas kemasukan markah dibuat seperti tarikh/ jadual yang dikongsikan di bawah ini.

SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan Online

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

Berikut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan SAPS Semakan Ibu Bapa yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Apa Itu SAPS Semakan Ibu Bapa Online?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.

Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Berikut dikongsikan cara dan langkah dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online,

  1. Sila masuk ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama Semakan Ibu Bapa, atau
  2. Key In Markah Pelajar untuk Guru

Masalah Dalam Mengakses Sistem SAPS Ibu Bapa

Jika anda menghadapi masalah dalam mengakses SAPS Ibu Bapa, sila clear browsing cache anda. Atau, jika message yang diterima adalah “You connection is not private”, sila ikuti langkah berikut untuk membuat semakan:-

A. Klik Advanced

SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan

B. Dan seterusnya Klik Proceed

SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan

3. Anda akan mendapat paparan seperti berikut :-

SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan

4. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
5. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
6. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah:

login SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan

7. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.

8. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Cara Semakan SAPS Ibu Bapa Terkini

LANGKAH 1 : CARIAN MURID

  • SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”)

LANGKAH 2 : CARIAN SEKOLAH

  • SILA MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI
  • Negeri :  Nama Sekolah

Maklumat Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017

Berikut dikongsian Tarikh Penting Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS tahun 2017 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017 ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

1. Peperiksaan Pertengahan Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : 18 Mei 2017 (Tarikh Mula) dan 16 Jun 2017 (Tarikh akhir).
  • Terkini : Pengisian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 telah dibuka mulai 18 Mei 2017 (Khamis) dan akan dilanjutkan pengisian markah sehingga 30 Jun 2017 (Jumaat)

2. Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

3. Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)

SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan

Untuk makluman, tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

Semoga kewujudan sistem SAPS Ibu Bapa 2017 dapat membantu ibubapa dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan secara dalam talian. Kaedah ini secara tidak langsung membantu ibu bapa dalam memantau prestasi pelajaran anak mereka dengan mudah dan pantas. Moga kewujudan SAPS Ibu Bapa akan dapat melahirkan ramai pelajar yang cemerlang.

LOGIN

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2018 (Online)