in

Permohonan Pra Sekolah 2019 Online (KPM)

Sebelum memasuki tahun 1, murid pada kebiasaannya akan mengikuti PraSekolah samada di tadika atau di sekolah bantuan kerajaan. Berikut dikongsikan maklumat tarikh pendaftaran atau permohonan kemasukan murid ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi ambilan 2019. Buat Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak atau jagaan yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015, permohonan Pra Sekolah online tahun 2019 akan dibuka bermula dari tarikh 1 Mac 2018 sehingga 30 Mac 2018.

Terdapat dua kaedah permohonan/ pendaftaran murid ke Prasekolah yang disediakan iaitu permohonan secara dalam talian dan pengisian borang secara manual melalui tempat sekolah yang dimohon.

Permohonan Pra Sekolah 2019 Online

Pendaftaran Murid Ke Prasekolah KPM Secara Online/ Manual Tahun 2019

Kewujudan Sistem aplikasi e-Prasekolah online yang dibangunkan oleh KPM bakal memudahkan ibu bapa atau penjaga dalam mendaftarkan kemasukan pra-sekolah anak jagaan mereka secara atas talian sekaligus memudahkan dan menjimatkan masa.

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat pendaftaran permohonan kemasukan Prasekolah 2019 KPM. Ibu bapa atau penjaga kini mempunyai dua pilihan dalam mendaftarkan anak / jagaan ke kelas prasekolah tahun 2019 iaitu secara online atau manual.

Tarikh Penting Permohonan Pra Sekolah 2019

  • 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018 (Borang online)
  • 1 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018 (Borang manual)

Ibu bapa atau penjaga adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan kemasukan mengikut ketetapan tarikh yang dinyatakan diatas bagi mengelak sebarang masalah dalam permohonan.

Sistem Permohonan Pra Sekolah Online 2019

Sistem Aplikasi Modul e-Prasekolah boleh diakses melalui pautan berikut :-

  • e-Prasekolah
  • Pengguna yang baru (Pertama Kali) menggunakan sistem e-Prasekolah perlu mendaftar terlebih dahulu (Daftar Pengguna) untuk mengakses sistem borang permohonan online
  • Hanya ibubapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran

Untuk mendapatkan panduan penggunaan, pemohon boleh merujuk kepada

Panduan Proses Permohonan Online Dan Manual Prasekolah KPM

Berikut adalah proses permohonan murid secara online dan manual ke Prasekolah KPM buat panduan pemohon :-

i) Permohonan Prasekolah Online

Permohonan Pra Sekolah 2019 Online (KPM)

ii) Permohonan Prasekolah Secara Manual

Permohonan Pra Sekolah 2019 Online (KPM)

Ibu bapa atau penjaga yang memilih untuk membuat permohonan secara manual, sila hadir sendiri ke pusat (sekolah / institusi) prasekolah KPM yang dipohon bermula dari tarikh buka dan tutup permohonan yang dinyatakan.

  • Carian senarai sekolah/ institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja melalui sistem aplikasi e-Prasekolah.

Syarat Kelayakan Permohonan Murid Ke Prasekolah KPM

Sila pastikan anak/ jagaan anda melepasi syarat permohonan seperti berikut sebelum membuat permohonan:-

  1. Kanak-kanak berwarganegara Malaysia sahaja
  2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 sahaja yang layak untuk memohon
  3. Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan murid berdasarkan sistem merit

Maklumat Lanjut Prasekolah 2019

Ibubapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran permohonan secara atas talian (online) perlu mencetak bukti borang permohonan online berkenaan.  Borang perlu dihantar beserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 31 Mei 2018

Semakan status keputusan permohonan boleh di buat dengan Log Masuk sistem aplikasi yang sama (e-Prasekolah) pada bulan Ogos 2018 (Tertakluk kepada perubahan).

Untuk Bantuan Helpdesk, sila rujuk atau hubungi :-

  1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)
  2. Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  3. Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

ATAU

  • Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel di alamat eprasekolah@moe.gov.my

Selamat membuat permohonan Prasekolah KPM sesi 2019 secara online dan manual. Moga permohonan anak anda berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Keputusan SPM 2017 Online Dan SMS

Semak Keputusan SPM 2017 Online Dan SMS

video dan Lirik Lagu Aku Negaraku (Perhimpunan Sekolah)

Lirik Lagu Aku Negaraku (Perhimpunan Rasmi Sekolah)