in ,

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online. Panduan buat Ibu bapa dan penjaga dalam membuat semakan keputusan ujian dan peperiksaan secara online. Anda kini boleh Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dalam menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui SAPS NKRA.

Sistem SAPS akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dan markah termasuk gred dan kedudukan dalam kelas. Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat untuk sekolah rendah iaitu Darjah 1 hingga Darjah 6. Untuk sekolah Menengah, semakan disediakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA)

Berikut dikongsikan panduan cara buat semakan keputusan peperiksaan pelajar melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA. Keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  • Ujian 1 dan Ujian 2
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanpun tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

Cara Buat Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Berikut dikongsikan cara mudah dan senang dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online :-

  1. Sila layari laman web SAPS NKRA untuk akses ke menu utama.

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Langkah Semakan SAPS Seterusnya :-

  • 2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space)
  • 3. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan
  • 4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke sub-menu seperti paparan di bawah:
  • 5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian 1 dan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.

Paparan Slip Keputusan

6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

login SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS Tahun 2017

Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan terkini yang telah diupdate, sil apastikan semakan dibuat selepas markah selesai diisi. Berikut dikongsikan Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan ini ada memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan

Peperiksaan Pertengahan Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : 18 Mei 2017 (Tarikh Mula) dan 16 Jun 2017 (Tarikh akhir)

Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)

Nota

Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

Semoga Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan ini akan memudahkan ibubapa. Moga SAPS dapat membantu Ibu Bapa dalam menaikkan prestasi akademik anak mereka.

LOGIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017 Exam Date

Jadual Peperiksaan PT3 2017 Ujian Bertulis

Jadual Peperiksaan PT3 2017 Ujian Bertulis