in

Lirik Lagu Aku Negaraku (Perhimpunan Rasmi Sekolah)

Pelajar akan mempunyai lagu wajib perhimpunan mingguan sekolah yang baru bermula dari tarikh 22 Mei 2017. Lagu “Aku Negaraku” adalah lagu baru yang dipilih. Berikut dikongsikan lirik lagu Aku Negaraku beserta video nyanyian lagu beserta link muat turun buat panduan guru dan pelajar.

Tujuan penambahan lagu Aku Negaraku sebagai lagu wajib adalah bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia dikalangan rakyat Malaysia. Ianya merupakan sebahagian dari satu inisiatif program Negaraku yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lirik Lagu Aku Negaraku (Perhimpunan Sekolah)

Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video Nyanyian

Negaraku adalah satu inisiatif untuk semua rakyat bersatu hati, bertunjangkan semangat cinta akan negara. KPM dalam menyemarakan rasa bangga dan semangat cinta akan Malaysia dalam kalangan murid dan warga pendidikan dengan ini menyarankan Lagu Aku Negaraku Malaysia dinyanyikan semasa Perhimpunan Rasmi Sekolah.

Berikut adalah Lirik Lagu Aku Negaraku yang merupakan lagu wajib baru perhimpunan mingguan sekolah. Lagu wajib lain adalah lagu kebangsaan, negeri dan sekolah masing-masing. Aku Negaraku adalah sebuah lagu yang berentak kontemporari ciptaan komposer Audi Mok dan lirik oleh Shazree Ishak.

Lirik Aku Negaraku

Ku sedar tanah air aku bertuah

Di sini tempatku berjasa

Ku sedar sempurna hidupku di sini

Malaysia ku terhutang budi

[Chorus]

Aku Negaraku

Aku Negaraku

Sememangnya Negaraku maju

Negaraku tanah tumpah darahku

Aku Negaraku

Di hatiku negaraku

Selamanya aku negaraku

Satu

Negaraku tanah tumpah darahku

Kita bersama membina masa depan

Semangat setinggi angkasa

Kita bersama bersyukur pada Tuhan

KepadaNYA kita berserah Ulang

[Chorus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia

Malaysia aku bahagia

Ulang [Chorus]

Aku Negaraku

Download (Muat Turun) Lagu Aku Negaraku

Untuk kemudahan para pelajar atau guru, sila klik link yang disertakan untuk memuat turun atau download lagu dalam pelbagai versi lagu:-

  1. Versi Penuh
  2. Instrumental

Video Lagu Aku Negaraku

Berikut dikongsikan juga video lagu Aku Negaraku beserta lirik di pautan berikut:-

Semoga perkongsian Lirik dan Lagu Aku Negaraku boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk pelajar dan guru semua. Semoga semangat patriktik cintakan negara makin menebal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

daftar prasekolah kpm 2019

Permohonan Pra Sekolah 2019 Online (KPM)

Keputusan stpm 2017 online

Semak Keputusan STPM 2017 Online (Keseluruhan)