Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR 2016

Soalan Sebenar Peperiksaan UPSR 2016. Panduan buat murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Tarikh peperiksaan UPSR diadakan adalah pada bulan September 2017 nanti. Jadual lengkap boleh dirujuk di UPSR 2017 Timetable. Senagai persediaan menjelang peperiksaan, berikut dikongsikan Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR 2016 (Past Years Papers From Lembaga Peperiksaan Malaysia) untuk ruukan pelajar.

Jadual peperiksaan awam lain termasuk SPM, SPMU, UPSR, PT3 dan STAM tahun 2017 boleh di rujuk di Jadual Peperiksaan Awam Malaysia Tahun 2017.

Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR 2016

Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR Tahun 2016

Berikut disertakan koleksi kertas soalan peperiksaan sebenar SPM tahun 2015 dan tahun sebelumnya yang dikongsikan dari pelbagai sumber seperti dinyatakan untuk rujukan pelajar dalam mengulangkaji pelajaran.

  1. Penulisan Bahasa Melayu
  2. Pemahaman Bahasa Melayu
  3. Bahasa Inggeris Pemahaman
  4. Bahasa Inggeris Penulisan
  5. Matematik Kertas 1
  6. Matematik Kertas 2
  7. Sains Kertas 1
  8. Sains Kertas 2

Format Baharu Peperiksaan UPSR

Untuk makluman, format baru UPSR 2016 akan membabitkan enam subjek dengan Bahasa Inggeris akan dibahagikan kepada dua kertas iaitu pemahaman dan penulisan. Ini bermakna pelajar Sekolah Kebangsaan akan menduduki 6 kertas matapelajaran untuk maksimum keputusan cemerlang 6A. Pelajar Sekolah Vernakular pula akan menduduki 8 kertas matapelajaran untuk maksimum 8A.

Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan.

Walau bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.

Peperiksaan PSR antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan.

Semoga perkongsian Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR 2016 ini bermanfaat buat semua. Jadikan koleksi soalan sebenar ini sebagai panduan dalam mengulangkaji pelajaran dan menjawab soalan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*