in

Jadual Peperiksaan SPMU 2017 Exam Date

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Ulangan 2017. Bilakah tarikh peperiksaan SPMU 2017 diadakan? Perhatian dan panduan buat calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Ulangan (SPMU). Jadual peperiksaan SPMU 2017 telahpun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan bakal berlangsung dari 6 hingga 8 Jun 2017.

Untuk makluman, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Pendaftaran Calon persendirian yang ingin menduduki peperiksaan 2017 telah dibuka dari 1 Mac hingga 31 Mac 2017 yang lalu.

Jadual Peperiksaan SPMU 2017 Exam Date

Jadual Peperiksaan SPMU 2017 (Sijil Peperiksaan Malaysia Ulangan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh peperiksaan SPMU 2017 yang dikongsikan dari LPM. Untuk jadual peperiksaan awam 2017 yang lain seperti SPM, UPSR, PT3 dan sebagainya sila rujuk Jadual Peperiksaan Awam 2017 untuk maklumat lanjut.

Ujian bertulis

  • Akan dilangsungkan selama 3 hari dari 6 hingga 8 Jun 2017

Ujian Lisan

  • 6 Jun sehingga 1 Julai 2017

Jadual lengkap penuh peperiksaan SPMU 2017 yang memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan adalah seperti berikut :-

SPMU 2017 Timetable/ Exam Date

  1. Selasa, 6 Jun 2017 : Matematik (Aneka Pilihan) Kertas 1, Matematik Kertas 2 dan Sejarah Kertas 1
  2. Rabu, 7 Jun 2017 : Sejarah Kertas 3 dan Sejarah Kertas 2
  3. Khamis, 8 Jun 2017 : Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2
  4. Bahasa Melayu Kertas 3 : Tarikh dan masa akan ditetapkan oleh JPN

Jadual Waktu Lengkap Peperiksaan SPMU 2017

Jadual Peperiksaan SPMU 2017 Exam Date

  • Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2017 beserta arahan boleh di muat turun di LPM.

Nota dan arahan Kepada Calon SPMU 2017

Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.

Pelajar yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2017.

Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.

Pelajar dikenakan bayaran RM 30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM (Ulangan) 2017 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Semoga perkongsian Jadual waktu peperiksaan SPMU 2017 bermanfaat buat semua calon SPMU. Selamat menghadapi peperiksaan SPM Ulangan 2017. Semoga anda berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ini nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Status Permohonan

Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Status Permohonan

Semakan Tahun 1 2018 Online Seluruh Negeri

Semakan Tahun 1 2018 Online Seluruh Negeri